Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_top position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_bottom position below the menu.
Login
Register

Sample Sidebar Module

This is a sample module published to the sidebar_bottom position, using the -sidebar module class suffix. There is also a sidebar_top position below the search.
Tokoh dan Dunia Islam
  • English (UK)

Al-Farabi digelari Aristotle kedua. Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan Aristotles mempunyai pengaruh yang besar terhadap pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi.

Nama aslinya Abu Nasr Muhammad Ibnu Muhammad Ibnu Tarkhan Ibnu Uzlaq Al Farabi. Beliau lahir pada tahun 874M (260H) di Transoxia yang terletak dalam Wilayah Wasij di Turki. Bapaknya merupakan seorang anggota tentera yang miskin tetapi semua itu tidak menghalanginya untuk mendapatkan pendidikan di Baghdad. Beliau telah mempelajari bahasa Arab di bawah bimbingan Ali Abu Bakar Muhammad ibn al-Sariy.



Setelah beberapa waktu, beliau berpindah ke Damaskus sebelum meneruskan perjalanannya ke Halab. Semasa di sana, beliau telah berkhidmat di istana Saif al-Daulah dengan gaji empat dirham sehari. Hal ini menyebabkan dia hidup dalam keadaan yang serba kekurangan.

Al-Farabi terdidik dengan sifat qanaah menjadikan beliau seorang yang amat sederhana, tidak gila harta dan cinta dunia. Beliau lebih memperbanyak perhatian untuk mencari ilmu daripada mendapatkan kekayaan duniawi. Sebab itulah Al-Farabi hidup dalam keadaan yang miskin sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 950M (339H).

Walaupun Al-Farabi merupakan seorang yang zuhud tetapi beliau bukan seorang ahli sufi. Beliau merupakan seorang ilmuwan yang cukup terkenal pada zamannya. Dia berkemampuan menguasai berbagai bahasa.

Selain itu, dia juga merupakan seorang pemusik yang handal. Lagu yang dihasilkan meninggalkan kesan secara langsung kepada pendengarnya. Selain mempunyai kemampuan untuk bermain musik, beliau juga telah mencipta satu jenis alat musik yang dikenali sebagai gambus.

Kemampuan Al-Farabi bukan sekadar itu, malah beliau juga memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam dalam bidang farmasi, sains, matematika, dan sejarah. Namun, keterampilannya sebagai seorang ilmuwan yang terkenal lebih dalam bidang falsafah. Bahkan kehebatannya dalam bidang ini melebihi ahli falsafah Islam yang lain seperti Al-Kindi dan Ibnu Rusydi.

Dalam membicarakan teori politiknya, beliau berpendapat bahawa akal dan wahyu adalah satu hakikat yang padu. Siapa saja yang mencoba dan berusaha untuk memisahkan kedua elemen tersebut akan melahirkan sebuah negara yang pincang serta masyarakat yang kacau-balau. Oleh karena itu, akal dan wahyu perlu dijadikan sebagai dasar kepada pembinaan sebuah negara yang kuat, stabil serta makmur.

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan teori Socrates, Plato, dan Aristotles dalam usahanya untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai kebahagiaan. Maka tidak heran jika Al-Farabi dikenal sebagai orang yang paling memahami falsafah Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang paling pertama menulis mengenai ilmu logika Yunani secara teratur dalam bahasa Arab.

Meskipun pemikiran falsafahnya banyak dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau menentang pendapat Plato yang menganjurkan konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan politik. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya untuk menjadi seorang ahli falsafah yang sempurna.

Tanpa sains, seorang ahli falsafah tidak mempunyai cukup peralatan untuk diekspolitasikan untuk kepentingan orang lain. Justeru, seorang ahli falsafah yang tulen tidak akan merasa adanya perbedaan di antaranya dengan pemerintah yang tertinggi kerana keduanya merupakan komponen yang saling lengkap melengkapi. Dalam hal ini beliau menyarankan agar diwujudkan sebuah negara kebajikan yang dikepalai oleh ahli falsafah.

Pandangan falsafahnya yang kritis telah melnempatkannya sejajar dengan ahli falsafah Yunani yang lain. Dalam kalangan ahli falsafah Islam, beliau juga dikenali sebagai Aristoteles kedua. Bagi Al-Farabi, ilmu segala-galanya dan para ilmuwan harus diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dalam pemerintahan sesebuah negara.

Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial sebuah negara.

Di samping itu, Al-Farabi juga mengemukakan banyak pandangan yang mendahului zamannya, diantaranya beliau menyatakan bahawa keadilan itu merupakan sifat pembawaan (fitrah) manusia, manakala pertarungan yang terjadi diantara manusia merupakan gejala fitrah tersebut.

Pemikiran, idea, dan pandangan Al-Farabi mengenai falsafah politik terkandung dalam karyanya yang berjudul "Madinah al-Fadhilah". Perbicaraan mengenai ilmu falsafah zaman Yunani dan falsafah Plato serta Aristoteles telah disentuhnya dalam karya " Ihsa* al-Ulum" dan "Kitab al-Jam".

Terdapat dua buku tidak dapat diselesaikan oleh Al-Farabi di zamannya. Buku-buku itu ialah "Kunci Ilmu" yang dituliskan oleh muridnya yang bernama Muhammad Al Khawarizmi pada tahun 976M dan "Fihrist Al-Ulum" yang diselesaikan oleh Ibnu Al- Nadim pada tahun 988M.

Al-Farabi juga telah menghasilkan sebuah buku yang mengandung pengajaran dan teori musik Islam, yang diberikan judul "Al-Musiqa" dan dianggap sebagai sebuah buku yang terpenting dalam bidangnya.

Sebagai seeorang ilmuwan yang tulen, Al-Farabi turut memperlihatkan kecenderungannya menghasilkan beberapa kajian dalam bidang farmasi. Walaupun kajiannya dalam bidang ini tidak menjadikannya terkenal, tetapi pandangannya telah memberikan sumbangan yang cukup bermakna terhadap perkembangan ilmu obat-obatan di zamannya.

Salah satu pandangannya yang menarik ialah mengenai bahwa jantung adalah lebih penting dibanding otak dalam kehidupan manusia. Ini disebabkan jantung memberikan kehangatan kepada tubuh sedangkan otak hanya menyelaraskan kehangatan itu menurut keperluan anggota tubuh.

Al-Farabi merupakan seorang tokoh falsafah yang serba bisa. Banyak dari pemikirannya yang masih relevan dengan perkembangan dan kehidupan manusia hari ini. Sementara itu, pemikirannya mengenai politik dan negara banyak dikaji serta dibicarakan di tingkat universitas bagi mencari penyelesaian dan sintesis terhadap segala masalah yang berlaku pada hari ini. 

Ingin berbagai ebook dan Software, Silahkan Download disini  Download Now